Hari ini, Jumaat yang ke-3 Ibu ku ke SANA.
Tiada lagi hilai tawanya, senyumannya yang manis, ikhlas.
Tiada lagi tempat aku mengadu kasih,
Tiada lagi tempat aku bermanja,
Tiada lagi tempat aku boleh bercerita,
Tiada lagi tempat aku mendapat nasihat dengan lemah lembut,
Tiada dan tiada lagi...
Perginya dalam keadaan tenang. Aku lihat, aku tatap wajahnya. Mengalir air mata ibu disaat hembusan nafas terakhir. Jangan risau Ibu, aku akan kuat, aku akan tempuh segala dugaan dan cabaran hidup di dunia ini dengan penuh tabah dan kuat semangat.
Disaat aku merinduimu, aku kirimkan doa buat mu ibu, tak lupa juga buat ayah.
Semoga Ibu dan Ayah tenang diSANA.
Suatu hari akan kita berjumpa, dan semoga kita berjumpa di syurga kelak.
Al-Fatihah buat Ibu tercinta dan Ayah yang dirindui.
Perginya Buat Selamanya.
Posted by
samad ahmad
|
Thursday, December 14, 2017