Perginya Buat Selamanya.

| Thursday, December 14, 2017

Hari ini, Jumaat yang ke-3 Ibu ku ke SANA.
Tiada lagi hilai tawanya, senyumannya yang manis, ikhlas.
Tiada lagi tempat aku mengadu kasih,
Tiada lagi tempat aku bermanja,
Tiada lagi tempat aku boleh bercerita,
Tiada lagi tempat aku mendapat nasihat dengan lemah lembut,
Tiada dan tiada lagi...

Perginya dalam keadaan tenang. Aku lihat, aku tatap wajahnya. Mengalir air mata ibu disaat hembusan nafas terakhir. Jangan risau Ibu, aku akan kuat, aku akan tempuh segala dugaan dan cabaran hidup di dunia ini dengan penuh tabah dan kuat semangat.

Disaat aku merinduimu, aku kirimkan doa buat mu ibu, tak lupa juga buat ayah.
Semoga Ibu dan Ayah tenang diSANA.

Suatu hari akan kita berjumpa, dan semoga kita berjumpa di syurga kelak.

Al-Fatihah buat Ibu tercinta dan Ayah yang dirindui.

Mampukah bertahan

| Monday, July 29, 2013

Tengok tajuk macam gempak, tapi isinya biasa je lah,

Lama sudah aku tak mengarang, sebab bz dengan dunia tanpa sempadan,
Bulan puasa dah datang, sekrangni pun dah nak akhir bulan,
Raya aidilfitri bakal menjelang tiba,
Tapi aku masih belum bersiap sedia,
Orang ramai dah membeli belah,
Aku pakai mana yang ada sudah,
Usia meningkat raya pun biasalah,
Sebab kena bagi duit raya pada budak budak,
Beri sikit budak budak sekarang ni ada yang berlagak,
Tapi yang penting apa yang diberi tu ikhlas,
Berbelanja ikut kemampuan diri,
Jangan sampai diri sendiri yang rugi,
Hajat hati nak balik beraya di kampung,
Tapi sayangnya kawan kawan dah ambik untung,
Biar kalini beraya di rantauan,
Pasti menangis ingat orang tersayang.

Esok tetap di tangan TUHAN

| Sunday, May 26, 2013


Ku katakan dengan indah 
Dengan terbuka Hatiku hampa
Dibibir ku mengukir senyuman
Dihatiku tersimpan kepedihan..
Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa ku ungkapkan
Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Sepertinya luka menghampirinya
Kau beri rasa yang berbeza 

Mungkin ku salah mengartikannya  
Yang ku rasa cinta
Kesetiaan menghalangi
Kupindah ke lain hati
Dan tak ingin ku melukai

Izinkan cintaku berbunga dihatimu
Biar terus mekar jadi pengalaman
Telah lama ku dahaga belaian seorang insan
Semoga bersamamu ceria hidupku.



Akan bersama mu..

| Monday, May 20, 2013

Kadang orang tak faham...
Kadang aku sendiri tak faham..
Aku tak kisah apa orang nak cakap..
Aku akan bersama mu..


Kau segalanya..
Kau bawa kebahagian..
Kau tak pernah jauh dariku..
Aku mahu kau tahu..
Aku akan bersama mu..
Aku ingin bersama mu..

Ketika Rindu Terpisah Oleh Jarak dan Waktu

| Monday, March 11, 2013

Ketika Rindu Terpisah Oleh Jarak dan Waktu

Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi namun dia jauh disana...

Rindukanlah dia dalam setiap do'amu...!!!
Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu...!!!
Pintalah agar dia selalu berada di jalan-Nya...!!!
Pintalah agar dia selalu menjaga hatinya...!!!

Ingatlah...
Jarak jauh adalah Ujian sebuah hubungan cinta...
Jarak dekat pun adalah ujian keimanan sebuah hubungan cinta...
Dan menanti dengan penuh ketulusan adalah bukti kesetiaan dan pengorbanan sebuah hubungan cinta...

Sesungguhnya jarak itu bukan bermaksud untuk menghukummu.
Akan tetapi untuk menjaga dirimu dengannya. Menjaga kefitrahannya.

Bersabarlah hingga suatu saat waktunya akan tiba.
Dalam sebuah ikatan yang terlindungi ridhaNya.

Maka bertahanlah...
Dalam sebuah penantian penuh dengan keikhlasan...!!!
Dalam sebuah penantian penuh dengan ketulusan...!!!
Dalam menjemput hubungan yang benar² dihalalkan...!!!


Dipetik daripada :  http://www.facebook.com/kata2hikmah

Aku duduk disitu

| Thursday, February 14, 2013

Aku duduk disitu.. Diam kaku, ambil sedikit waktu untuk tenang seketika..

Aku duduk di ruangan itu, sempit, kecil namun cukup untuk aku sorang.

Aku duduk disitu, merenung keluar tingkap, melihat langit terbentang luas, melihat awan yang menghiasi langit.

Aku duduk disitu, tanpa ada teman mahupun kawan, menyendiri, menyepi, berdiskusi dengan diri sendiri.

Aku duduk disitu, bermacam macam yang aku fikirkan, tidak pernah berhenti otakku berjalan, kerna andai berhenti itu tandanya hayatku berakhir disitu.

Aku duduk disitu, bersama sekeping hati, bersama harapan setinggi gunung, bersama impian seluas lautan, bersama sama cita cita seluas langit, bersama idea bak gumpalan awan.

Aku duduk disitu, menghitung hari hari yang berlalu, menjalani detik2 hidupku, sebelum akhir waktuku di dunia ini.

Seandai kau tahu

| Sunday, February 3, 2013

Itu yang terbuku jauh disudut hatiku.

Seandai kau tahu,
Apa yang ku mahu,
Mahukah diri,
Untuk mendekatiku.

Seandai kau tahu,
Apa yang terbaik buat mu,
Apakah kau mahu,
Berubah demi cintamu.

Seandai kau tahu,
Aku tak bisa tanpa hadirmu,
Mahukah dirimu,
Menjadi milikku.

Seandai kau tahu,
Semua itu bukan kepentinganku,
Tetapi itu untuk kebaikanmu,
Nama mu dan dirimu pasti terjaga.

Seandai kau tahu,
Aku rayu padamu,
Demi hidup kita,
Mencari redha ILAHI.