Itu yang terbuku jauh disudut hatiku.
Seandai kau tahu,
Apa yang ku mahu,
Mahukah diri,
Untuk mendekatiku.
Seandai kau tahu,
Apa yang terbaik buat mu,
Apakah kau mahu,
Berubah demi cintamu.
Seandai kau tahu,
Aku tak bisa tanpa hadirmu,
Mahukah dirimu,
Menjadi milikku.
Seandai kau tahu,
Semua itu bukan kepentinganku,
Tetapi itu untuk kebaikanmu,
Nama mu dan dirimu pasti terjaga.
Seandai kau tahu,
Aku rayu padamu,
Demi hidup kita,
Mencari redha ILAHI.
Seandai kau tahu
Posted by
samad ahmad
|
Sunday, February 3, 2013