AKU PENYOKONG LIVERPOOL FC DAN AKU BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA..

| Saturday, July 16, 2011

Memang itu yang aku rasakan sekarang ini.... Perlbagai perasaan bercampur aduk... aku baru pulang dari menyaksikan perlawanan LIVERPOOL FC vs MALAYSIA (HARIMAU MALAYA)..

Kenapa aku bangga jadi penyokong LIVERPOOL FC??
Ramai yg hadir untuk menyaksikan pasukan LIVERPOOL kerana ianya julung kali bagi pasukan ini tersebut menyenaraikan MALAYSIA sebagai salah satu negara yang menjadi tempat untuk memenuhi jadual JELAJAH ASIA bagi tahun 2011. Dan dengan itu, LIVERPOOL FC mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak kebangsaan.

Ini memberi peluang bagi penyokong2 LIVERPOOL FC yang berada di MALAYSIA untuk menyaksikan secara lansung persembahan pasukan yang diminati. Aku turut menjadi salah seorang penonton yang tidak mahu melepaskan peluang bagi menyaksikan perlawanan julung2 kali ini. Stadium bukit jalil dibanjiri dengan penyokong2 yang menyarung jersi LIVERPOOL FC...

Terus kepada 90mnt perlawanan... MALAYSIA kalah kepada pasukan LIVERPOOL ini dengan jaringan LIVERPOOL 6 gol manakala MALAYSIA 3 gol. Apa yang membanggakan aku ialah.. walaupon ramai yang memakai JERSI LIVERPOOL namun...sorakan yang diberikan untuk pasukan MALAYSIA tidak berbelah bagi...meraka masih lagi menyokong pasukan kebangsaan. Tidak kira pasukan MALAYSIA mahupun LIVERPOOL yang menjaringkan GOL...namun sorakannya adalah sama..

Dan yang lebih membanggakan apabila penyokong2 yg berjersi MERAH ini melaungkan MALAYSIA sebanyak 3 kali dengan di iringi pukulan gendang untuk menaikkan semangat pasukan kebangsaan bagi meneruskan perjuangan. Walaupun pasukan kebangsaan ini kalah, namun bagi aku, pasukan kita kalah bermaruah..kerana pasukan kebangsaan memberikan tentangan hebat malah serangan pasukan kebangsaan juga bertaraf dunia. Cuma pasukan kebangsaan kita perlu memberi sedikit tumpuan pada barisan pertahanan kerana barisan pertahanan kita mudah untuk dibolosi pasukan lawan.

Aku sebagai penyokong LIVERPOOL FC bangga dengan penyokong2 LIVERPOOL FC ini kerana meraka tidak memperlekehkan pasukan kebangsaan kita walaupon sememangnya meraka ini datang adalah untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka berentap dengan pasukan kebangsaan kita. Gegak gempita stadium bila mana LIVERPOOL FC mahupun HARIMAU MALAYA menjaringkan gol.. dan semangat yang macam ini yang kita mahukan...

Bagi penyokong LIVERPOOL FC semua...tahniah di ucapkan diatas sokongan yang tidak berbelah bagi yang telah anda berikan... we LOVE LIVERPOOL FC...!!

Bagi pasukan MALAYSIA...SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA!! saya juga berbangga dengan semangat tidak menyerah kalah yang ditunjukkan oleh anak buah dato' K.Rajagopal. SELAMAT MAJU JAYA..MALAYSIA BOLEH!!!

dan untuk pasukan LIVERPOOL FC...YOU'LL NEVER WALK ALONE!!!